Sifat Cemburu Itu Fitrah

Assalamualaikum..

kali ini zell hendak bicarakan tentang CEMBURU..Setiap insan dikurniakan dengan perasaan cemburu. Sekiranya ada di kalangan kita yang tidak pernah berasa cemburu, itu adalah sesuatu yang abnormal. Bukan apa, perasaan cemburu ini semestinya wujud di dalam diri kita tidak kira samaada lelaki mahupun wanita kerana perasaan itu adalah fitrah manusia. Walaupun sedikit, perasaan itu pasti akan terbit dari lubuk hati kita yang bergelar insan. Sifat cemburu ini boleh diklasifikasikan dalam beberapa kategori dan pelbagai cara boleh dipraktikkan untuk mengatasi perasaan ini. Harus ditekankan disini, perasaan cemburu ini bukan lah suatu yang negatif sahaja bahkan ada kalanya perasaan ini boleh menjadi suatu yang positif.
Pendapat umum banyak menyatakan perempuan lebih bersifat cemburu daripada lelaki. Mungkin ada benarnya kerana perempuan lebih sensitif dan berhati lembut berbanding lelaki. Tapi, jantina bukan lah faktor utama yang harus dijadikan pertikaian di sini.Mari kita sama-sama menyelami perasaan cemburu itu sendiri dan kenalpasti tahap cemburu diri masing-masing. Apakah ia baik untuk kita serta orang sekeliling atau sebaliknya.


CEMBURU BUTA
- Perkataan ini sangat sinonim dengan si wanita. Jarang sekali lelaki dikaitkan dengan sifat ini. Ramai yang sedia maklum tentang ertinya yang kebiasaannya akan membawa kemudaratan pada sesuatu hubungan samaada hubungan kekasih mahupun suami isteri. Mengapa harus cemburu membabi buta? Ya, sebab utama adalah sudah pastinya kerana kita terlalu sayangkan pasangan kita. Cemburu melihat pasangan kita mesra dengan orang lain, cemburu melihat pasangan kita melebih-lebihkan orang lain dan cemburu mendengar pasangan kita bercerita perihal orang lain. Sebagai pasangan, memang anda patut berasa cemburu, TETAPI janganlah sehingga perasaan cemburu itu mengawal minda dan tingkah laku anda.

- Sekiranya anda tidak suka pasangan anda berbuat demikian yang boleh mendatangkan rasa cemburu, apa yang boleh anda lakukan adalah memberitahu pasangan tentang perasaan anda. Berterus-teranglah dengan si dia bahawa anda cemburu, buangkan EGO anda mudah-mudahan si dia boleh menerima dengan hati yang terbuka dan tidak akan mengulanginya lagi. Jika anda mula berasa cemburu pada pasangan anda, nasihat zell selidik dengan si dia dan nyatakan kegusaran yang bermain diminda. zell percaya, pasangan yang gemar berbincang lebih mudah untuk menyelesaikan perselisihan dan Insyaallah akan merapatkan lagi hubungan mereka. Dan yang paling penting…CEMBURU biarlah BERTEMPAT!


CEMBURU DENGAN KEJAYAAN PASANGAN KITA
- Pasangan yang mempunyai kerjaya sudah pasti akan mengalami situasi ini. Kedua-duanya sangat komited dengan kerjaya masing-masing dan sentiasa inginkan kemajuan dan peningkatan dalam kerjaya mereka. Jika si dia lebih berjaya daripada anda, semestinya anda akan berasa cemburu dan dalam pada masa yang sama semangat anda untuk lebih berjaya daripada si dia akan semakin bertambah. Apa yang kita boleh lihat di sini, cemburu ini memberikan kesan yang sangat positif.

- Justeru, masing-masing akan terus berusaha untuk mencapai apa yang diimpikan. Semangat ini juga secara tidak langsung akan mempengaruhi minda anak-anak untuk sentiasa berusaha di masa hadapan serta mendidik mereka untuk menjadi lebih berdikari dan cekal dalam menempuh cabaran dalam kehidupan mereka. Namun, harus diingatkan juga agar bijak mengimbangi persaingan yang sihat ini supaya perkara yang tidak diingini tidak akan berlaku.


CEMBURU BILA SI KECIL LEBIH DIBERI PERHATIAN
- Haa…yang ni memang untuk yang sudah berumah tangga. Jika di awal perkahwinan sepenuh perhatian diberikan pada pasangan…dan itulah saat yang paling bahagia bagi setiap pasangan pengantin baru. Masuk ke tahun pertama perkahwinan, kehadiran si kecil kadang-kadang menimbulkan perasaan cemburu pada salah seorang pasangan (suami atau isteri). Ini bergantung pada siapa yang lebih manjakan si kecil. Rata-rata si ayah akan cenderung untuk memanjakan si kecil berbanding si ibu. Hampir setiap waktu lapang si ayah diluangkan bersama si kecil. Di mana si ibu ketika ini??? Kesian kat ibu, hanya mampu melihat dari jauh kemesraan si kecil bersama suami tercinta. Bisik kecil hati si ibu..”tak apalah, kalau si ayah bahagia dengan si kecil, ibu pun turut bahagia..biarlah ibu mengalah”.

- Untuk si ayah..sila ambil PERHATIAN!! Janganlah terlalu memanjakan si kecil sehingga lupa untuk memanjakan si ibu. Selepas tempoh 9bulan 10hari, si ibu juga mendambakan perhatian daripada pasangannya. Jangan sampai si ibu cemburukan si kecil kerana ini mungkin akan meregangkan hubungannya dengan si kecil. Jadilah seorang ayah dan juga seorang suami yang mithali untuk menjaga keharmonian rumah tangga. Begitu juga dengan si ibu, layanlah suami dan anak seadilnya jangan sampai si suami berasa dirinya dipinggirkan dengan kehadiran si kecil.

AWAS!!! Jangan ada perasaan cemburu yang berlebihan terhadap pasangan anda kerana jika tidak dikawal perasaan cemburu ini, dibimbangi akan mendatangkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku..Jadikanlah akal dan minda kita sebagai pengawal hati dan perasaan..Insyaallah semuanya selamat :)

korang mungkin dah terlepas yang nie..

Penulis : ! !✿ ✿ZeLL✿✿ ! ! ~ Sebuah blog yang mempunyai perlbagai informasi

Entry Sifat Cemburu Itu Fitrah ini buat oleh ! !✿ ✿ZeLL✿✿ ! ! pada hari Friday, 25 May 2012. Semoga entry ini dapat bermanfaat buat korang semua.Terimakasih atas kunjungan korang sila tinggalkan comment korang.dah ada 22 budak cumil: di post Sifat Cemburu Itu Fitrah
 

22 patah perkataan:

  1. kadang-kadang cemburu orang lelaki lagi teruk dari perempuan kan ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha,tpi x jugak...
      bergantung pada diri la,baek laki or pompuan..
      same2 kuat cemburu kn..?

      Delete
  2. cemburu tu biasa laa kan. hehe. normal. but we shuld controll it. kan3. hehe XD

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. betul tu ejulz..
      mmg cemburu sbab syg pun..

      Delete
  4. saya cemburu nan kawan sy hehhe sbb dia lg pndi dari sy :p

    ReplyDelete
  5. Nurul cemburu kalau org lain lebih berjaya dari Nurul.. ;)

    ReplyDelete
  6. nice entry ^^
    laki perempuan, sme je...
    masing2 cemburu jgx

    ReplyDelete
  7. cemburu tanda sayang..tp kalau dah lebih..lain maksudnya..

    ReplyDelete
  8. Hai Zell,
    salam kenal dari Kak Amie, follower 154

    ReplyDelete
  9. yups...semua orang mesti ada sifat tu
    kena pandai kawal
    kalau tak bahaya jadinya :-)

    ReplyDelete
  10. kalau saya tipe orang nya sangat pencemburu mas,dan suka curiga...
    pengen juga sich untuk tidak cemburu,tapi tidak bisa...T_T

    ReplyDelete