7 CARA MENJAGA HUBUNGAN



7 CARA MENJAGA HUBUNGAN


Adalah sesuatu yang sangat normal jika anda dan pasangan anda mempunyai pandangan berbeza dalam sesuatu pendekatan. Ini kerana, anda dan pasangan anda datang dari cara dan latar belakang yang berbeza dipupuk dari kecil hingga besar oleh keluarga masing-masing jadi tidak pelik jika ada perbezaan pendapat antara anda dan pasangan anda.

Apa yang anda dan pasangan anda boleh buat ?

Komunikasi
Asas “paling paling paling” penting dalam perhubungan ialah komunikasi. Ia seperti juga bercakap dalam telefon apabila talian anda putus, anda tak dapat berhunbung dengan pasangan anda.. Dengan komunikasi yang baik, anda dapat menyampaikan mesej serta maklumat yang jelas pada pasangan anda dan seringkali berlaku perselisihan kerana masalah komunikasi, salah dengar dan salah faham.. Apa yang anda mampu lakukan.. seterusnya


Kenal & Kenal cara
Setiap ayat yang datang dari pasangan anda mempunyai mesej yang datang dari latar belakangnya.. Oleh itu kenalpasti cara penyampaiannya bagi mengelakkan salah faham.. Adalah tidak salah jika anda bertanyakan semula untuk mendapatkan kepastian, seperti contoh di bawah
                       
                             Adam : Rumah yang dihujung tuh..
                             Melor : Maksud sayang yang pakcik hassan tinggal yang warna kuning tuh ke ?
                             Adam : Iye sayang ?
                             Melor : owwhh.. “I got it”

Dengan mendapatkan kepastian ia mengurangkan risiko untuk salah faham kerana sehebat mana anda belajar walaupun 9 universiti, salah faham pasti akan berlaku, yang penting ialah meminimakannya..


Hormat dan dihormati
Untuk mendapat hormat, anda hendaklah beri hormat dulu. Respek pasangan anda jangan sekali-kali memperkecilkan dirinya. Cakap dengan nada yang sopan supaya pasangan anda rasa tenang dan rasa dihormati oleh anda.

Tunjukkan kasih sayang
Sering beri alasan mengatakan diri anda tak romantik. Pernah dengar dengar pepatah “Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih” ? Dah anda suka dah sayang pada pasangan anda, tunjukkanlah perasaan kasih dan sayang padanya supaya dia boleh merasa kehadiran anda.. Sering ada juga yang memberi alasan, “Tak perlulah romantik sangat” .. Bagi pasangan suami-isteri itulah perkarang yang paling penting dalam membina sebuah keluarga, dengan mempamerkan kasih sayang pada pasangan masing-masing. Tak rugi satu sen malah anda sendiri akan rasa untung.


Beri salam
Ini mungkin nampak terlalu remeh, tetapi inilah antara perkara yang mengeratkan hubungan anda dan pasangan anda.. Salam itu satu doa, dan apabila anda beri salam pada pasangan anda, ia merupakan doa buat dirinya.. Dan indah buat pasangan suami isteri, apabila bersalaman maka gugur dosa kedua-duanya..


Buat yang suka
Buat apa yang pasangan anda suka, belajarlah mengambil hati pasangan anda, kalau dia suka coklat, belikan dia coklat, bahagianya bila melihat pasangan anda tersenyum gembira. Dan kalau pandai masakkan makanan kegemarannya, apa salahnya kalau sedia kan buat dirinya.. Orang putih kata “The way to a man’s heart is through his stomach”.. :) Kalau pasangan anda meminati memancing dan tidak pulak anda, berilah dia peluang untuk pergi memancing, dan bagi yang perempuan apa salahnya keluar sekali sekala shopping dengan kawan-kawan anda sendiri. :)


Bergurau
Manisnya kalau si Dia tersenyum, berguraulah dengan pasangan anda cuba jadi seorang yang kelakar dan mampu buat pasangan anda tertawa.. Bagi suami isteri, kalau sekali sekala mencuit si isteri bagi melihat pasangan merayu manja macam orang putih kata “it will be the sweetest thing to share a smile “..

Binalah kebahagian dengan menjaga perhubungan antara anda dan pasangan anda.. Kongsi bersama kawan-kawan supaya mereka lebih mengetahui cara terbaik bila dah hidup berpasangan..

Amin… semoga bahagia selalu…


Penulis : ! !✿ ✿ZeLL✿✿ ! ! ~ Sebuah blog yang mempunyai perlbagai informasi

Entry 7 CARA MENJAGA HUBUNGAN ini buat oleh ! !✿ ✿ZeLL✿✿ ! ! pada hari Friday, 8 June 2012. Semoga entry ini dapat bermanfaat buat korang semua.Terimakasih atas kunjungan korang sila tinggalkan comment korang.dah ada 16 budak cumil: di post 7 CARA MENJAGA HUBUNGAN
 

16 patah perkataan:

  1. “Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih” :P

    ReplyDelete
  2. sekadar ambik tahu je la nih,,,xde pasangan lagi...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. luqman zakaria xpew..leh join gak..
      ne thu nnt nak ade pasangan ke..

      Delete
  3. tq.. so much..
    hnya tnggal kngan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Che Maznira (iera) thnks sbab singgah blog zell..
      xthu plak Che Maznira (iera) ade blog..^_^

      Delete
  4. Terima kasih kongsi ilmu :)
    Tapi ada certain org , yg masih belum bernikah , salah faham tentang " tunjuk perasaan kasih sayang ' tuu . .

    ReplyDelete
  5. sye tiada teman istimewa :DD

    ReplyDelete
  6. sama gak. sekadar amek tahu.. pasangan xde lg.. hehe.. :P

    ReplyDelete