7 Tips Putus Cinta


ASSALAMUALAIKUM

Tak semua yang dirancang menjadi, yang diharapkan hanya tinggal mimpi, tapi apa yang pasti, hidup ini banyak lagi yang perlu diharungi.
Sedih, sadih, pilu, luka adalah perasaan yang dirasai bila anda terputus cinta dengan pasangan namun anda kena sedar, kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum… Tenangkanlah hati anda dengan




1. Menangis
Menangislah, dengan tangisan dari hati yang menangis, kerana dari tangisan itu akan mengurangkan rasa sakit, biarlah air mata itu mengalir supaya anda dapat rasa sedikit tenang dari apa rasakan.. Tak salah kalau menangis dan ia adalah digalakan kerana ia adalah fitrah semulajadi manusia bila seseorang itu bersedih. Tetapi jangan sehingga memudaratkan, kerana percayalah ia baru sedikit garam yang anda rasakan..


2. Berkongsi
Ceritakanlah pada orang yang paling rapat dengan anda, terutama sekali keluarga, dalam apa jua situasi, keluarga anda akan menjadi orang yang pertama dan orang yang akan sentiasa beri sokongan pada anda.. Biar susah atau senang, mereka tetap mendampingi anda. Dengan rakan yang boleh dipercayai dan boleh menyimpan rahsia anda, ceritakanlah supaya sedikit sebanyak boleh menjadi satu kesedaran buat diri anda.. :)


3. Bersabar dan redha
Setiap kejadian itu penuh hikmahnya.. Terimalah sekiranya dia bukan milik atau jodoh kamu, insya allah, orang yang baik itu untuk orang yang baik.. Itu janji allah pada hambaNya.


4. Masa
Tipulah jika anda tak teringatkan diri si Dia, sedangkan anda pernah pergi di restoran yang sama, dia pernah datang menjenguk di rumah keluarga anda, pergi bersiar bersama.. Biarlah masa menenangkan diri anda, dan biarlah masa untuk anda melupakan si Dia.. Ambillah seberapa banyak masa untuk tenangkan hati anda..


5. Tunggu 
Antara silap dan salah, pasangan yang putus cinta, mereka sering terlalu gopoh untuk mencari pengganti, dikala hati mereka sedih.. Percayalah ia bukan satu tindakan yang terbaik, kerana dalam pada masa yang sama, pasangan anda mungkin menyesali tindakannya dan ingin kembali pada anda, ini akan membuat anda dalam keadaan lebih tertekan jika anda terpaksa pilih antara dua..


6. Aktiviti
Penuhi masa anda dengan aktiviti yang boleh melupakan anda pada si dia, jangan duduk berseorangan kerana ia akan buat ada teringatkan si dia.. Keluar bersama kawan dan keluarga untuk beriadah..


7. Berdoa
Sentiasa berdoa padaNya, memberi pentunjuk pada diri anda.. dan janganlah terlalu sedih.. Akan ada penggantinya.. percayalah pada Allah.. :)

Kongsilah dengan rakan-rakan yang memerlukan…

Penulis : ! !✿ ✿ZeLL✿✿ ! ! ~ Sebuah blog yang mempunyai perlbagai informasi

Entry 7 Tips Putus Cinta ini buat oleh ! !✿ ✿ZeLL✿✿ ! ! pada hari Saturday, 30 June 2012. Semoga entry ini dapat bermanfaat buat korang semua.Terimakasih atas kunjungan korang sila tinggalkan comment korang.dah ada 8 budak cumil: di post 7 Tips Putus Cinta
 

8 patah perkataan:

  1. setuju sangat...emm tapi yaya hilang cinta yaya selamanya T_T

    ReplyDelete
  2. nadia farhana siannye yaya..
    xpela yaya..masih ade byk lagi kn? ^_^

    ReplyDelete
  3. nice one.
    thanks (:
    insyaallah.
    kita merancang.allah tentukan.
    ada jodoh tak kemana ye dak?

    ReplyDelete
  4. wah...cam sedih sangat je tu..lek2, baru putus cinta...kalau dah kahwin baru bercerai kan lagi dasat...

    ReplyDelete
  5. salam sukses gan, bagi2 motivasi .,
    Hargailah hari kemarin,mimpikanlah hari esok, tetapi hiduplah untuk hari ini.,
    ditunggu kunjungan baliknya gan .,.

    ReplyDelete