7 Tips Putus Cinta


ASSALAMUALAIKUM

Tak semua yang dirancang menjadi, yang diharapkan hanya tinggal mimpi, tapi apa yang pasti, hidup ini banyak lagi yang perlu diharungi.
Sedih, sadih, pilu, luka adalah perasaan yang dirasai bila anda terputus cinta dengan pasangan namun anda kena sedar, kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum… Tenangkanlah hati anda dengan




1. Menangis
Menangislah, dengan tangisan dari hati yang menangis, kerana dari tangisan itu akan mengurangkan rasa sakit, biarlah air mata itu mengalir supaya anda dapat rasa sedikit tenang dari apa rasakan.. Tak salah kalau menangis dan ia adalah digalakan kerana ia adalah fitrah semulajadi manusia bila seseorang itu bersedih. Tetapi jangan sehingga memudaratkan, kerana percayalah ia baru sedikit garam yang anda rasakan..


2. Berkongsi
Ceritakanlah pada orang yang paling rapat dengan anda, terutama sekali keluarga, dalam apa jua situasi, keluarga anda akan menjadi orang yang pertama dan orang yang akan sentiasa beri sokongan pada anda.. Biar susah atau senang, mereka tetap mendampingi anda. Dengan rakan yang boleh dipercayai dan boleh menyimpan rahsia anda, ceritakanlah supaya sedikit sebanyak boleh menjadi satu kesedaran buat diri anda.. :)


3. Bersabar dan redha
Setiap kejadian itu penuh hikmahnya.. Terimalah sekiranya dia bukan milik atau jodoh kamu, insya allah, orang yang baik itu untuk orang yang baik.. Itu janji allah pada hambaNya.


4. Masa
Tipulah jika anda tak teringatkan diri si Dia, sedangkan anda pernah pergi di restoran yang sama, dia pernah datang menjenguk di rumah keluarga anda, pergi bersiar bersama.. Biarlah masa menenangkan diri anda, dan biarlah masa untuk anda melupakan si Dia.. Ambillah seberapa banyak masa untuk tenangkan hati anda..


5. Tunggu 
Antara silap dan salah, pasangan yang putus cinta, mereka sering terlalu gopoh untuk mencari pengganti, dikala hati mereka sedih.. Percayalah ia bukan satu tindakan yang terbaik, kerana dalam pada masa yang sama, pasangan anda mungkin menyesali tindakannya dan ingin kembali pada anda, ini akan membuat anda dalam keadaan lebih tertekan jika anda terpaksa pilih antara dua..


6. Aktiviti
Penuhi masa anda dengan aktiviti yang boleh melupakan anda pada si dia, jangan duduk berseorangan kerana ia akan buat ada teringatkan si dia.. Keluar bersama kawan dan keluarga untuk beriadah..


7. Berdoa
Sentiasa berdoa padaNya, memberi pentunjuk pada diri anda.. dan janganlah terlalu sedih.. Akan ada penggantinya.. percayalah pada Allah.. :)

Kongsilah dengan rakan-rakan yang memerlukan…
 

Free Download 20 E-Book Photoshop

ASSALAMUALAIKUM
wahh!! bestnye ebook photoshop..
haha, ZeLL nak share dengan korang semua ebook nie..
FREE je tak bayar 1 sen pun..
korang klik je kat pic then akan terus download..
senang je kan?
kalau sesiapa yang tak de photoshop tu lagi..
jangan risau,korang boleh download dekat sini >> PHOTOSHOP
kalau nak tutorial dalam bahasa melayu ade dekat sini  






















 

Jom Belajar Buat Beg Berbentuk Love


ASSALAMUALAKUM
selamat pagi,petang dan malam buat follower serta rakan-rakan semua,
hari nie zell nak ajar korang buat beg yang berbentuk love nie..
cantik lagi comey sangat..
kalau korang ikut cara-cara macam kat bawah ni mesti korang leh buat.
kalau nak lagi cantik klik kat sini 


untuk membuat Beg Valentine, korang  memerlukan dua keping kertas berwarna yang berbeza. 
menggunakan kertas A4 atau kertas lain mengikut kreativiti korang semua.

Lipat setiap kertas menjadi separuh.

Potong kertas yang dilipat menjadi separuh.

Setelah dilipat, potong keliling bahagian atas kertas menjadi seperti gambar di bawah


Selepas itu korang potong kertas seperti dibawah ini,
mengikut kesesuaian korang kalau nak gunting 5 jalur pun boleh.

Untuk memulakan tenunan, pegang setiap kertas, sebelah dilipat ke bawah, pada sudut 90 darjah.

Bermula dengan jalur atas, mula menganyam melalui jalur.

Sebaik sahaja korang bersedia untuk menenun jalur akhir , pastikan bahawa semua jalur tenunan yang lain ditolak ke atas, korang tidak boleh memotong jalur. korang hanya sarungkan jalur sahaja.

sebaik sahaja jalur akhir ditenun, rapatkan semua jalur tenunan - ia kelihatan lebih cantik

Akhir sekali korang buka hati yang korang buat tadi.
kalau korang lakukan dengan betul, korang mesti mempunyai poket.
 

7 CARA MENJAGA HUBUNGAN



7 CARA MENJAGA HUBUNGAN


Adalah sesuatu yang sangat normal jika anda dan pasangan anda mempunyai pandangan berbeza dalam sesuatu pendekatan. Ini kerana, anda dan pasangan anda datang dari cara dan latar belakang yang berbeza dipupuk dari kecil hingga besar oleh keluarga masing-masing jadi tidak pelik jika ada perbezaan pendapat antara anda dan pasangan anda.

Apa yang anda dan pasangan anda boleh buat ?

Komunikasi
Asas “paling paling paling” penting dalam perhubungan ialah komunikasi. Ia seperti juga bercakap dalam telefon apabila talian anda putus, anda tak dapat berhunbung dengan pasangan anda.. Dengan komunikasi yang baik, anda dapat menyampaikan mesej serta maklumat yang jelas pada pasangan anda dan seringkali berlaku perselisihan kerana masalah komunikasi, salah dengar dan salah faham.. Apa yang anda mampu lakukan.. seterusnya


Kenal & Kenal cara
Setiap ayat yang datang dari pasangan anda mempunyai mesej yang datang dari latar belakangnya.. Oleh itu kenalpasti cara penyampaiannya bagi mengelakkan salah faham.. Adalah tidak salah jika anda bertanyakan semula untuk mendapatkan kepastian, seperti contoh di bawah
                       
                             Adam : Rumah yang dihujung tuh..
                             Melor : Maksud sayang yang pakcik hassan tinggal yang warna kuning tuh ke ?
                             Adam : Iye sayang ?
                             Melor : owwhh.. “I got it”

Dengan mendapatkan kepastian ia mengurangkan risiko untuk salah faham kerana sehebat mana anda belajar walaupun 9 universiti, salah faham pasti akan berlaku, yang penting ialah meminimakannya..


Hormat dan dihormati
Untuk mendapat hormat, anda hendaklah beri hormat dulu. Respek pasangan anda jangan sekali-kali memperkecilkan dirinya. Cakap dengan nada yang sopan supaya pasangan anda rasa tenang dan rasa dihormati oleh anda.

Tunjukkan kasih sayang
Sering beri alasan mengatakan diri anda tak romantik. Pernah dengar dengar pepatah “Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih” ? Dah anda suka dah sayang pada pasangan anda, tunjukkanlah perasaan kasih dan sayang padanya supaya dia boleh merasa kehadiran anda.. Sering ada juga yang memberi alasan, “Tak perlulah romantik sangat” .. Bagi pasangan suami-isteri itulah perkarang yang paling penting dalam membina sebuah keluarga, dengan mempamerkan kasih sayang pada pasangan masing-masing. Tak rugi satu sen malah anda sendiri akan rasa untung.


Beri salam
Ini mungkin nampak terlalu remeh, tetapi inilah antara perkara yang mengeratkan hubungan anda dan pasangan anda.. Salam itu satu doa, dan apabila anda beri salam pada pasangan anda, ia merupakan doa buat dirinya.. Dan indah buat pasangan suami isteri, apabila bersalaman maka gugur dosa kedua-duanya..


Buat yang suka
Buat apa yang pasangan anda suka, belajarlah mengambil hati pasangan anda, kalau dia suka coklat, belikan dia coklat, bahagianya bila melihat pasangan anda tersenyum gembira. Dan kalau pandai masakkan makanan kegemarannya, apa salahnya kalau sedia kan buat dirinya.. Orang putih kata “The way to a man’s heart is through his stomach”.. :) Kalau pasangan anda meminati memancing dan tidak pulak anda, berilah dia peluang untuk pergi memancing, dan bagi yang perempuan apa salahnya keluar sekali sekala shopping dengan kawan-kawan anda sendiri. :)


Bergurau
Manisnya kalau si Dia tersenyum, berguraulah dengan pasangan anda cuba jadi seorang yang kelakar dan mampu buat pasangan anda tertawa.. Bagi suami isteri, kalau sekali sekala mencuit si isteri bagi melihat pasangan merayu manja macam orang putih kata “it will be the sweetest thing to share a smile “..

Binalah kebahagian dengan menjaga perhubungan antara anda dan pasangan anda.. Kongsi bersama kawan-kawan supaya mereka lebih mengetahui cara terbaik bila dah hidup berpasangan..

Amin… semoga bahagia selalu…


 

Adobe Photoshop cs 5 Portable

ASSALAMUALAIKUM..



Kali nie ZeLL nak kongsi kat korang...Adobe Photoshop CS5.
Apa beza Adobe Photoshop CS5 dengan yang sebelum nie.
Perbezaan dari segi tool memang banyak.
So CS5 nie memang best..
Tak rugi law korang try guna kan...


Adobe Photoshop CS5 nie adalah Adobe Photoshop White rabbit.
Mula mula korang open nanti.
Korang akan dapat tengok pop up yang macam kat atas tu ..


ok tak dalam Adobe Photoshop CS5 nie..
Ok jum masa untuk korang download Adobe Photoshop Cs5 nie lak..
Korang klik je icon download bawah tu k...

 

Ok..Lepas korang download tu kan..
Korang extract file tu..
And korang open folder yang korang dah extract tu..
Lepas tu korang cari Icon yang macam kat anak panah macam dalam gambar bawah nie..


Dan lepas tu double klik ..
Dan Korang dah boleh guna dah..
Tk perlu nak install ..
Kan nie Adobe Photoshop CS5 Portable..
Selamat Mencuba ok?

Kalau korang nak belajar Tutorial dia Klik sini PHOTOSHOP


sumber daripada blog

 

Free Komik Lawak Pop Geng

ASSALAMUALAIKUM

kepada korang suma harap korang sihat-sihat belaka..
hari nie zell nak kongsi dengan korang komik lawak yang ade kat dalam 
buku GEMPAK..
ramai yang suruh zell wat entry buku lawak laen..
jadi hari nie zell nak kongsi dengan korang semua komik lawak nie..
jom la download..
kalau ade siapa yang terlepas download lawak kampus tu
korang leh download kat sini "LAWAK KAMPUS"

Lawak Pop Gang (jilid 1)


Lawak  Pop Gang (jilid 2)


Lawak Pop Gang (jilid 3)


Lawak Pop Gang (jilid 4)


Lawak Cambest Habis


Lawak Gengkey


Lawak Junk Food (BreakFast)


Lawak Junk Food (Lunch)


Lawak Junk Food (Hi-Tea)


Lawak Seleb


Under Age


Kijiya (Jilid 1)


Kijiya (jilid 3)


Kijiya (jilid 4)

Kijiya (jilid 5)

Kijiya (jilid 6)


Photoshop

Nuffnang


Nuffnang